PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING
1. Bimbingan & Kaunseling merupakan perkhidmatan menolong dengan ikhlas yang disediakan untuk membantu anda menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh anda.
2. Merupakan proses membantu anda memahami dan menerima maklumat tentang diri supaya anda dapat celik minda dan membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan anda.
3. Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran, membolehkan anda memperoleh kemahiran baru untuk perkembangan diri ke arah yang lebih positif.
4. Proses yang bersemuka antara guru bimbingan dan kaunseling bersama klien (pelajar).
5. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini dijalankan secara individu atau secara berkelompok.
MENGAPA PERLU BIMBINGAN & KAUNSELING ?
2. Menolong anda mengenali diri sendiri secara lebih mendalam.
3. Memperoleh kemahiran dalam komunikasi dan pergaulan.
4. Memperolehi kemahiran dalam membuat keputusan.
5. Membina sikap, nilai dan matlamat hidup yang bermakna.
6. Memperolehi teknik-teknik belajar yang berkesan
7. Menolong anda merancang kerjaya masa hadapan.
8. Memberikan maklumat lanjut tentang pengajian tinggi dan kursus-kursus berkaitan.
BAGAIMANA SESIBIMBINGAN & KAUNSELING DIJALANKAN ?
Perkhidmatan ini dijalankan secara dua cara:
1. Sesi Bimbingan & Kaunseling individu
(pertemuan anda dengan guru bimbingan dan kaunseling anda)
2. Sesi Bimbingan & Kaunseling Kelompok
(pertemuan anda bersama rakan-rakan anda dengan guru bimbingan dan kaunseling – 4 hingga 8 orang)