SEKOLAH

VISI

Menjadi sekolah yang hebat , cemerlang 

dan dihormati 
(Terbilang 2015)

MISI

Bagi merealisasikan visi sekolah , semua warga smkpbg
akan mengamalkan budaya kerja 'sentiasa cemerlang dan berkualiti'
dalam usaha dan tindakan bagi mencapai kecemerlangan
 kurikulum , kokurikulum , sahsiah , pentadbiran , persekitaran sekolah , hubungan komuniti serta aspek yang berkaitan dengan pengurusan sekolah .

FALSAFAH SEKOLAH

Falsafah Sekolah adalah usaha berterusan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara menuju ke arah sistem pendidikan terbaik bertujuan untuk mencapai matlamat Perak Gemilang dalam segala bidang bagi melahirkan insan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi yang memenuhi aspirasi dan kehendak individu masyarakat dan negara berasaskan kepada prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan . Bagi mencapai hasrat dan cita-cita murni ini warga sekolah dengan penuh iltizam berikrar akan meningkatkan keupayaan , ilmu dan kemahiran dalam segenap bidang bagi menghadapi segala cabaran mendatang , memberi sumbangan kearah membina kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat dan negara .

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Julai 1969 . Nama sekolah ini di ambil sempena nama Menteri Besar Perak yang pertama sebelum merdeka iaitu Datuk Haji Abdul Wahab b. Tok Muda Abdul Aziz (Datuk Panglima Bukit Gantang) . Perasminya ialah Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman b. Yaakub , Menteri Pelajaran  pada ketika itu

Kewujudan sekolah ini mendahului namanya pada 10 Januari 1966 pelajar-pelajar dalam aliran melayu telah belajar di sekolah ini yang dikenali sebagai sekolah menengah parit buntar. Sebelum sekolah ini ditubuhkan , pelajar-pelajar aliran melayu telah belajar di sekolah ini dikenali sebagai sekolah menengah parit buntar . sebelum sekolah ini ditubuhkan , pelajar-pelajar  aliran melayu mengikuti pelajaran mereka di sekolah menengah methodist , parit buntar sejak tertubuhnya darjah menengah kebangsaan pada tahun 1962. pada permulaan pembukaannya , sekolah ini terdiri daripada tiga buah bangunan setingkat yang mengandungi sebelas buah bilik darjah , sebuah bilik pengetua dan pejabat , sebuah bilik guru , dua buah makmal , sebuah bilik sains rumah tangga dan sebuah kantin dan tandas . terdapat sebelas buah kelas yang menampung seramai 450 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 3