Thursday 6 October 2011

Teknik Mengingat 1

Chunking ialah teknik mengumpul beberapa butir maklumat yang tidak berkaitan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu. Dalam beberapa tugasan, ia memerlukan irama lagu yang bersesuaian. Masihkah anda ingat bagaimana anda diajar mengenal huruf 26 abjad? Sekiranya dibaca secara berasingan huruf ini mempunyai 26 chunk. Anda sebenarnya telah didedahkan dengan teknik ini di peringkat awal lagi.

Lihat susunan abjad yang berikut dan iringi ia dengan irama lagu yang pernah anda pelajari ; ABCDEFG, HIJKLMN, OPQRSTU, VWXYZ. Teknik ini telah memendekkan huruf abjad daripada 26 chunk menjadi 4 chunk. Ini membolehkan anda menyimpan dalam ingatan jangka pendek kerana purata chunk yang mampu diterima oleh mental ialah 7 dan paling banyak 9. Irama lagu dengan rentak tertentu pula menguatakn lagi daya ingatan kerana disamping mengurangkan kebosanan ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan.

Tak percaya lagi..?

Sepintas lalu, cuba ingat nombor berikut :

5658745

Kemudian nombor seterusnya :

           732614503

Adakah anda terasa perbezaannya?
SELAMAT MENCUBA!!

No comments:

Post a Comment