Thursday 6 October 2011

Teknik Mengingat 2


Salah satu teknik mengekalkan daya ingatan ialah gabungan huruf pertama setiap perkara yang hendak diingati menjadi satu perkataan atau ayat yang mudah disimpan. Sebagai contoh huruf pertama lima Tasik Besar di Amerika Syarikat iaitu Huron, Ontario, Michigan, Erie dan Superio boleh disusun menjadi perkataan ‘HOMES’. Perkataan ini sudah biasa didengari dan kerap kali digunakan. Jadi ia sedia ada dalam fikiran dan memudahkan proses menghubungkaitkan maklumat yagn baru kepada yang lama. Anda boleh menghasilkan ayat anda sendiri mengikut kreativiti masing-masing dan SEMAKIN LUCU AYAT TERSEBUT, SEMAKIN MUDAHLAH IA DIINGATI.

Contonya :

Perkataan yang lazim
(selalu digunakan)
Perkataan yang janggal
(jarang diguna)
MASJID
EMAK
NANGKA
GASING
UDANG
JEPUN
ISTANA
MAYAN
EBAN
NAFIRI
GANIH
UMAN
JAKAH
ISANG



Sebenarnya kita lebih mudah mengingati perkataan yang mempunyai makna dan biasa kita lihat atau gunakan. Dalam senarai kedua, perkataan tersebut agak janggal atau luar biasa dan ini tidak membolehkan anda menghubungkaitkan dengan maklumat lain. Justeru itu, perkataan ini sukar untuk diingati.

Perlukan bantuan? Bagaiman kalau saya katakan bahawa perkataan tersebut mempunyai gabungan huruf pertama yang sama, iaitu MENGUJI. Tentu cara ini memudahkan anda mengingatinya walaupun menghadapi sedikit kesulitan pada senarai kedua.  
:) Selamat Mencuba..

No comments:

Post a Comment